Jenis Makanan Yang Menjadi Punca Jerawat. Jerawat seringkali menjadi igauan ngeri kaum wanita. Ramai yang sanggup berbelanja ratusan malah ribuan ringgit hanya untuk merawat masalah jerawat yang tumbuh di kulit wajah.
Selain kulit muka yang berminyak, stress, period dan kulit sensitif, makanan juga boleh menjadi antara faktor penyumbang kepada masalah jerawat.
Di bawah ini adalah 6 Jenis Makanan Yang Menjadi Punca Jerawat yang perlu anda kurangkan atau elakkan pengambilannya jika anda mempunyai masalah kulit wajah mudah tumbuh jerawat.
1) Makanan Ringan – Elak mengambil makanan ringan secara kerap kerana ia mengandungi bahan pengawet. Contohnya mee segara. Ramai yang suka makan mee segera kan. Selain cepat disediakan, ia juga sedap dimakan. Namun mee segera bukan sahaja mengandungi bahan pengawet tetapi juga mengandungi kandungan lemak tepu yang agak tinggi.
2) Makanan Bergoreng – Minyak dari makanan bergoreng sering menjadi faktor utama penyebab jerawat. Jika anda mempunyai masalah kulit muka cepat berminyak, eloklah anda elak dari mengambil makanan bergoreng seperti goreng pisang dan sebagainya yang banyak menyerap minyak.
3) Kekacang – Jika dimakan sedikit, kacang tidak akan menyebabkan jerawat tumbuh di muka tetapi jika anda kerap makan kacang secara berlebihan ia akan menyebabkan kulit anda mudah berminyak dan secara tak langsung menjadi penyebab jerawat.
4) Minuman Berkafein – Minuman berkafein seperti kopi, coklat, minuman bergas dan sebagainya boleh menyebabkan pengeluaran hormon yang berkait rapat dengan stress. Minuman berkafein juga menyebabkan seseorang susah untuk lelapkan mata. Gangguan waktu tidur dan stress merupakan antara punca utama masalah jerawat.
5) Makanan Berkarbohidrat – Mungkin ramai tidak tahu bahawa makanan yang tinggi karbohidrat seperti nasi, roti putih dan sebagainya juga boleh menyebabkan jerawat. Namun jika ia diambil dalam kuantiti yang betul, ia tidak memudaratkan dan tidak akan menyebabkan jerawat.
6) Makanan Pedas – Masyarakat Malaysia memang ramai yang suka makanan yang pedas namun terlalu kerap mengambil makanan bercili boleh memberi kesan pada sistem penghadaman. Gangguan sistem penghadaman menjadi penyebab utama kepada masalah jerawat. Jadi jika anda mempunyai masalah jerawat, eloklah jika anda kurang mengambil makanan yang terlalu pedas.
Sumber:http://www.notawanita.com/
loading...
0 Response to "6 Jenis Makanan Yang Menjadi Punca Jerawat"
Posting Komentar