Pada suatu tengahari, sedang Jamal menjamu selera di satu restoran dengan seorang kawannya, datang sorang makcik minta sedekah.
Tanpa fikir panjang Jamal ambil RM5 dari dompet lalu menghulurkannya kepada makcik tersebut sambil dalam kepala terbayang kata-kata ustad,
“Orang bersedekah akan dibalas 10kali ganda dan dimurahkan rezeki.”
Lalu makcik itu berlalu.
Usai segala makanan dan minuman dihabiskan, Jamal bangun untuk ke kaunter, tiba-tiba kawannya menghalang.
“Xpe-xpe. Hari ni aku belanja.”
Jika dikira kos, makanan Jamal berharga rm5. Tanpa Jamal sedar, dia jimat RM5 dan modal sedekahnya tadi telah pun dikembalikan!
1/10 dah dapat. 9/10 lagi di mana?
Sedang Jamal berjalan menuju ke kereta. Tiba-tiba Jamal teringat, tadi lupa letak syiling dalam meter parking. Dia berjalan sedikit laju, gusar dikompaun majlis perbandaran. Setibanya di kereta, dia berasa lega kerana tiada sebarang kertas di wiper.
Tiba-tiba Jamal terpandang seorang penguatkuasa sedang menyelitkan resit pada wiper kereta sebelah. Fuh. Jamal penggosok dadanya tanda lega. Tanpa sedar, RM10 Jamal terselamat dari hangus dikompaun.
Jamal masuk ke dalam kereta. Dia mengundurkan keretanya tiba-tiba terlanggar kereta belakang yang terlindung disebalik blindspot. Jamal dan juga pemilik kereta belakang masing-masing keluar dari kereta untuk melihat kerosakan.
1 lampu kabus berharga RM35 pecah. Selepas bersalam dan meminta maaf, Jamal menyeluk poket untuk keluarkan duit. Tiba-tiba pemilik kereta itu menahan tangan Jamal sambil tersenyum,
“xpe bro. Sikit je ni”.
Lagi RM35 Jamal terselamat dari hangus.
Tanpa Jamal sedar, belum sampai setengah jam, modal sedekahnya tadi telah dikembalikan beserta untung penuh 10/10!
Tapi Allah itu maha baik. Biasanya Dia beri lebih. Dia beri sesuatu yang lebih dahsyat nilainya. Bukan sekadar berbentuk angka.
Jamal menyambung perjalanan untuk balik ke rumah. Jamal on radio, ada seorang doktor sedang bercakap mengenai petua-petua pemakanan untuk kesihatan buah pinggang. Penerangan yang dihuraikan sangat mudah dan praktikal membuatkan Jamal bersemangat dan berazam untuk mengamalkannya.
Tanpa dia sedar, dia dikurniakan ilmu yang boleh jimatkan puluhan ribu ringgit dari dibelanjakan untuk kos perubatan buah pinggang untuk 30 tahun akan datang.
Jamal berhenti di pam minyak untuk mengisi angin tayar. Dia merasa pelik, kalau tak silap sudah dua tahun tak tukar tayar tapi bunganya nampak cantik lagi. Boleh tahan 7-8 bulan lagi. Tanpa Jamal sedar, duit untuk tukar tayar tak perlu dikeluarkan lagi.
Jamal melepasi lampu isyarat demi lampu isyarat. Jumlahnya 8, hijau semuanya. Tanpa dia sedar tempoh perjalanan telah dijimatkan sebanyak 10 minit.
Lagi 2km sebelum sampai di rumah, tiba-tiba Jamal ternampak seorang makcik berdiri di tepi jalan, kebingungan memandang tayar belakang keretanya. Dia berhenti di belakang kereta makcik itu. Pancit katanya.
Jamal menawarkan diri untuk membantu menukar tayar dan meminta makcik itu masuk dalam kereta kerana cuaca sangat panas. Selepas selesai, Jamal pergi mendapatkan makcik tu untuk mintak izin untuk pergi.
Rupa-rupanya ada gegirl di tempat duduk penumpang. Cantik. Sopan. Clever. Lagi clever dari peserta Clever Girl.
Tiba-tiba ada vibrate di rusuk kiri Jamal. Eh. Jamal menghulurkan kad bisnesnya sambil menawar diri sekiranya makcik tu perlukan bantuan pada masa akan datang. Makcik itu berterima kasih sambil memuji-muji perwatakan Jamal yang baik itu.
Setibanya di halaman rumah, Jamal melihat pasu bunganya pecah lagi. Dia memandang sambil tersenyum ke arah budak-budak yang sedang bermain bola di kawasan rumah teresnya. Bukan seperti kebiasaan. Hari ini dia tenang, tidak ada rasa marah dalam hatinya.
Dia melangkah masuk ke dalam rumah lalu merebahkan badan di sofa. Dia merasa hairan. Lain macam rasanya hari ini. Tidak serabut, tidak tertekan, tidak gundah resah gelisah. Yang paling pelik, pertama kali dalam hidupnya sanggup memberhentikan kereta untuk membantu orang yang tidak dikenali.
Walaubagaimanapun, jauh di sudut hatinya. Rasa rungsing duit RM5 sedekahnya tadi masih belum dibalas.
“ustad tu kelentong ke apa? Ah, esok ada la tu rezeki datang”
Kadang-kadang rezeki itu datang tapi kita yang tidak nampak. Banyak sangat. Dalam pelbagai bentuk samada wang, masa, kesihatan, ketenangan, ilmu, persaudaraan dan macam-macam lagi. Tapi sayang, kita tak merasanya. Jadi macamana nak merasainya?
Teruskan buat baik. Sedekah. Solat dhuha. Tolong orang. Tolong binatang. Jaga silaturrahim. Mintak doa. Mintak orang doakan. Banyakkan ibadah-ibadat sunat disamping kekalkan ibadah wajib. Dalam masa yang sama tinggalkan sebanyak mungkin maksiat dan kejahatan semampu boleh.
Kemudian sandarkan semua yang berlaku kepada Allah, bersangka baik dengan Allah, bersyukur dan ucap alhamdulillah untuk sebarang kebaikan yang diterima. InsyaAllah. Perjalan hidup kita akan dilancarkan selancar mungkin.
Bagaimana pula jika ditimpa musibah? InsyaAllah posting seterusnya..
Tiba-tiba, Jamal vibrate lagi. Kini vibrate dalam poketnya pula. Jamal dapat panggilan dari nombor yang tak dikenali.
“Helo Jamal. Ni makcik yang kereta pancit tadi haa. Makcik nak jemput datang rumah kalau tak keberatan. Makcik ada hajat besar ni. Suami makcik nak bincang sikit dengan Jamal.”
Jamal menamatkan panggilan sambil tersenyum.
“Alhamdulillah.. Ni baru rezeki. Haha”
Emm. Teruk betul. Kalau bab ni laju je nampak rezeki. Harap-harap pakcik tu panggil sebab nak tukar tayar kereta lain pulak. Atau nak suruh potong rumput ke. Panjat kelapa ke. Bukan sebab lain. Haha. Kbai
Via:http://tazkirah.net/
loading...
0 Response to "Bagaimana ALLAH Gandakan Rezeki Setelah Bersedekah RM5?"
Posting Komentar