Nampak Kejam Tapi Ini Cara Seorang Bapa Ajar Anak Hayati Erti Puasa
Mengajar anak untuk berpuasa mungkin tidaklah begitu sukar memandangkan sejak kecil anak-anak sudah maklum tentang rutin berpuasa di bulan Ramadan. Malah mereka pula yang beria-ia mahu melakukan ibadah ini.


Namun untuk mengajar anak menghayati erti puasa yang sebenar yakni untuk mendidik diri mengawal nafsu selain merasai sendiri keadaan golongan miskin yang terpaksa berlapar dahaga, ia mungkin memerlukan masa.

Selalunya ibu bapa hanya bercerita kepada anak tentang perkara ini dan menunggu mereka dewasa untuk memahaminya sendiri. Tapi bapa bernama Nordin Mat ini tidak bertangguh, dia mengajak anak  menghayati makna puasa dengan cara tersendiri sejak kecil lagi.

Berkongsi caranya melalui Facebook, ia mungkin dilihat kejam bagi ibu bapa lain kerana anak yang masih kecil tapi niat bapa ini bukanlah untuk mendera melainkan menghayati erti puasa di bulan Ramadan.

Cara tersebut dikongsi dalam dua statusnya dan anda boleh nilai sendiri.

 Cara Pertama

Petang tadi bawak naim ke bazaar ramadhan kat cyberjaya ni.. Sengaja aku tak bawak satu sen pun sbb tak nak beli apa apa..

Singgah kat gerai jual ayam percik aku tgk dia telan air liur saja.. Kat gerai murtabak bagi dia ambik bau saja..sampai kat org jual air ribena lagi sayu , tgk dia sapu balang air tu mcm teringin sangat nak beli. Aku cakap abah xde duit nak beli...wpun ni hari ke dua dia berjaya puasa penuh.

otw balik rumah aku bagitau kat dia, tu la perasaan orang miskin yg tak de.duit, wpun teringin sgt nak beli sesuatu dan dalam keadaan sgt lapar dan dahaga.. Dia mcm paham apa yg aku maksudkan.
Mlm ni buat tarawih 8 rakaat saja wpun semangat dia mcm nak buat 20 rakaat..sian dia letih sgt.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/15/3.jpg

Cara Kedua

Hari ni aku rasa terover plak. Bwk dia pi Bazaar Ramadhan lagi.  Dia nak makan nasi ayam, beli la 3 bungkus. Sampai kat Guard House aku suruh dia bagi semua nasik ayam tu kat Pak Guard Bangla tu utk mereka berbuka.
Kat rumah kita mama dah masak laksa .. Harap suatu hari nanti dia akan mengerti juga.

http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Jun/15/2.jpg

Ibu bapa lain bagaimana, sanggup ke buat perkara yang sama. Terpulang pada anda untuk melakukannya dengan cara apa yang difikirkan terbaik.


Sumber Facebook Nordin Mat via vanillakismis.my