6 Cara Diet Yang Berkesan Selepas Raya, Wanita Malaysia Wajib Cuba...

cara diet yang berkesan - women online magazine
Kredit foto: lipstiq
Diet Yang Berkesan.Diet penting bukan setakat untuk menjaga kenaikan berat badan, tetapi juga kesihatan.
Kesalahan dalam memilih makanan terutama selepas Hari Raya ini bukan sahaja membuatkan anda menjadi bertambah gemuk. Bahkan meningkatkan risiko penyakit buat tubuh.
Apakah cara diet yang berkesan selepas menjadi gemuk kerana beraya?
1. Pengambilan bersama kandungan protein & karbohidrat
Karbohidrat menjadi salah satu penyebab tingginya kandungan gula dalam darah. Anda perlu juga mengambil karbohidrat, tetapi tambahkan protein setiap kali anda menikmati karbohidrat. Anda boleh mencuba dengan mengambil semangkuk nasi merah yang dikombinasikan dengan dada ayam tanpa kulit sebagai makanan berat dan sedikit kepingan keju sebagai penyedap sampingan.

2. Lebihkan Salad & Sayur-sayuran
Jika anda tidak menyukai sayur-sayuran, anda perlu juga mengambilnya walaupun sedikit. Mungkin ada perlu menggunakan taktik meletakkan beberapa helai salad ke dalam roti sandwich. Sayuran dan salad mengandungi air, serat, dan nutrisi yang diperlukan tubuh. Usahakan untuk merebus sayuran segar pada setiap sajian makan malam anda. Sekiranya suka, anda boleh menjadikan lobak merah,seledri, kobis dan capcisum sebagai ulam-ulaman.
3. Perlu Bijak Mengkombinasikan Makanan
Jika anda tidak punya sebarang masalah atau alergik terhadap makanan tertentu, sebaiknya jangan menghindarinya. Prinsip diet bukanlah tidak makan, melainkan bijak mengkombinasikan makanan. Anda tak perlu menghindari karbohidrat, segala produk susu, atau jenis buah tertentu kerana tubuh memerlukannya. Apa yang perlu anda lakukan adalah mengkombinasikan makanan sehingga tercipta kesimbangan nutrisi dalam diet anda.
4. Jangan mudah tergoda!
Jangan tergoda dengan makanan yang cantik!
Meskipun makanan-makanan seperti cupcakes penuh krim ini mengandung nutrisi, namun bukan bermakna anda perlu mengambilnya secara berlebihan. Biarkan makanan tersebut menjadi pelengkap dalam sajian sihat anda sahaja.
Selain itu, jangan mudah tergoda dengan minuman berkarbonat dan berkafein yang sudah ditambah dengan gula dan susu. Pengambilan air putih juah lebih baik untuk diet anda. Jadi, bawalah botol air ke mana pun anda pergi. Anda telah membantu tubuh anda menghindari dehidrasi dan kesihatan anda juga akan terpelihara dengan baik.
5. Pilih Makanan Penuh Serat
Roti, nasi, crackers atau bijirin mempunyai kadar serat yang tinggi serta nutrisi yang sememangnya diperlukan oleh tubuh. Memakan makanan penuh serat ini adalah cara diet yang berkesan kerana membuatkan perut cepat kenyang sehingga anda tidak makan secara berlebihan.
6. Jangan Abaikan Makan Malam
Ramai yang memilih utuk tidak menikmati makan malam dan lebih senang mengambil makanan sampingan seperti coklat, biskut ataupun aiskrim. Padahal, ia boleh mengakibatkan penambahan kalori dalam tubuh dan jadi menimbun sepanjang anda tidur.  Sebaiknya anda tetap menikmati makan malam bagi menghindari makan anda mengambil makanan yang tidak sihat buat tubuh.

Info Ekstra!
Makanan Sihat Untuk Berat Badan Ideal
Kacang Merah – Memiliki kandungan serat, protein, zat besi, fostor, magnesium tinggi dan sejumlah vitamin serta mineral.
Soya– Ia mengandungi omega3, kalsium dan zat besi. Makanan ini cukup popular bagi si vageterian. Ia boleh dinikmati dalam bentuk tauhu, susu ataupun tempe.
Gandum–  Kaya dengan vitamin B3, thiamin atau vitamin B1, zat besi, serat dan vitamin E. Bijirin gandum juga bagus untuk diet anda.
Bluberry– Mengandungi serat yang tinggi, vitamin C dan antioksidan. Boleh dimakan ketika masih segar ataupun ditambah ke dalam bijirin, salad ataupun yoghurt.
Bayam – Sangat baik untuk rambut dan kulit kerana kaya zat besi, magnesium, serta vitamin A dan C.
Ubi– Kaya dengan vitamin. Dalam ubi terkandung vitamin A, B, C, dan E. Selain itu, ubi juga rendah kalori, khususnya jika dibakar atau dimasak tanpa menggunakan gula.
via wom.my

Suka dengan ini?
|

loading...

0 Response to "6 Cara Diet Yang Berkesan Selepas Raya, Wanita Malaysia Wajib Cuba..."

Posting Komentar