Di sebuah rumah di hujung kampung, terlihat seorang guru wanita tua,
bersama sekumpulan anak muridnya, yang sedang bersiap-siap ingin pulang dari belajar mengaji.
Sewaktu hampir kesemua anak muridnya berlalu pergi, ustazah tua ini duduk termenung di tangga rumahnya.
Salmah, yang waktu itu sebagai anak muridnya, masih duduk di atas basikalnya, tertanya-tanya.
Ustazah… Anak ustazah tak balik kampung ke tahun ni?
Redup ustazah ini menjawab,
Eh, mesti balik. Tiap-tiap tahun mesti balik.
Salmah yang masih kehairanan,
Tapi, kenapa ustazah termenung?
Jawab ustazah lemah,
Mungkin saya tidak akan bertemunya lagi
Saya terkejut.
Eh, kenapa pula?
Dalam menitiskan air mata sayu, ustazah menerangkan penuh hiba,
Suatu hari, saya memiliki seorang menantu, semestinyalah sepatutnya saya menyayanginya seperti anak kandung saya sendiri. Tetapi kerana berselisih faham, kami tidak lagi bahagia seperti dulu.
Nafasnya terhenti sebentar, dia menyambung lagi…
Saya berikan sepenuh kasih sayang pada anak lelaki saya, tetapi tidak pada isterinya. Kerana, saya tak pernah bersusah-payah melahirkannya (menantu), saya terlupa memberi nilai yang sama padanya.
Sedangkan, jauh pengorbanannya dalam menjaga anak saya. Kasih sayang yang dia berikan demi suaminya dan cucu-cucu saya.
Sejak kecil dibesarkan oleh ibubapanya dengan penuh kasih sayang, tiba-tiba dia TERPAKSA-rela, meninggalkan kedua orang tuanya.
Semata-mata demi amanah bernama isteri.
Demi mengabdi pada anak lelakiku, sampai ke hujung nafasnya.
Tidak ada manusia yang buat kesilapan. Saya juga seorang manusia.
Yang dulu datangnya sebagai menantu tidak sempurna. Tapi saya lupa dan lalai dalam menabur kasih padanya.
Kini saya menyesal. Namun sesal ini tiada guna.
Begitu banyak yang kita pelajari dari Ustazahku ini. Siapa sangka, seorang ibu mertua sering terlepas pandang mengenai perasaan yang dialami anak menantu perempuannya.
Sedangkan, dia juga pernah menjadi anak menantu perempuan kepada ibu mertuanya.
********
Wahai mertua…
Hormatilah anak menantumu yang perempuan.
Kerana kalian tidak pernah mengandungnya. Menyusuinya. Apatah lagi menghantarnya ke sekolah.
Namun, anak perempuan itu rela meninggalkan kedua orang tuanya.
Mengabdi diri pada anak lelaki sang suami, sampai mati.
Demi anak-anak kepada anak lelakimu, dia berputus urat, bersangkut nafas, demi kandungkan cucu penyambung generasimu.
********
Rumah mertua,
Bukan perkara mudah untuk seorang wanita “hadir” ke dalam rumah ini. Yang dihuni sebuah keluarga yang baru.
Asing. Begitulah yang dirasainya seawal waktu.
Kena pula sesuaikan diri, semata-mata untuk hidup bersama dengan keluarga yang baru dia kenalinya.
Bukannya semudah itu.
Sering berlaku perselisihan faham. Rontak. Sedih. Ketidak-sefahaman dalam bermacam hal.
Dan anak perempuan ini, masih terus bertahan. Demi seorang lelaki yang dicintainya.
Walau di hatinya sentiasa tertekan, terhuyung-hayang ke sini sana.
********
Wahai para lelaki, sedarlah,
Rumah ibu bapa isterimu, adalah tempat paling nyaman yang dia huni sedari kecil.
Ditatang minyak penuh, ditampar nyamuk yang bersinggah, isterimu dijaga penuh mulia sejak kecilnya.
Hanya demi mentaatimu, akur akan bimbinganmu, demi bahagiakan kamu, para suami.
Dia berharap dengan sepenuh hati, supaya kamu para suami, menjadi pengganti orang yang pernah melindunginya dulu.
Yang menjadi tempat kedua terdamai, selepas dia meninggalkan rumah ibu bapanya.
Tidak ramai suami yang memahami akan hal ini. Atau seolah tidak mengerti selama ini.
Maka hargailah setiap inci perasaan isterimu. Dibelai, dijaga, tidak disakiti.
Kerana sesungguhnya, kedua-dua orang tuanya punya sebab terkuat membiarkan kamu menikahi anak perempuannya…
Iaitu, demi berharap kamu mampu bahagiakannya. Sampai syurga.
********
Pulanglah ke kampung…
Kerana,
rumah orang tuamu,
Adalah rumah kedua ternyaman buat pasanganmu,
selepas rumah orang tuanya.
via http://tipinfosemasa.blogspot.com/
loading...
0 Response to "Catatan Ikhlas Dari Anak Menantu Perempuanmu, Wahai Mertuaku…"
Posting Komentar