PENTING !!!! 10 Tips Terbaik Memilih Calon Suami... Pilih betul-betul !!... Jika Tersalah Pilih Merana Badan


Perlu kalian ingat, pasangan yang terlalu ideal hampir mustahil untuk dijumpai.Mereka ada cuma satu dalam sejuta.Yang lain-lain macam biasa.Banyak kelemahan dan kelemahan ini amat diperlukan untuk mengimbangi kelebihan yang ada pada seorang isteri.Sebab secara logiknya kehidupan suami dan isteri saling melengkapi antara satu sama lain.

Berikut ialah 10 tips yang boleh diambil kira oleh para wanita diluar sana dalam memilih calon suami.Pilih betul-betul.Tersalah pilih merana badan buat selama-lamanya.


1.Lelaki kuat pegangan agama
Dalam konteks ini tak semestinya dia adalah ustaz atau alim ulamak.Kalau jumpa mereka yang faham agama serta mentaati perintah solat maka itu adalah calon suami terbaik.Kahwin dengan mereka akan membawa kalian ke syurga.Bukan nak rasa nikmat syurga dunia semata-mata.Faham tak?.Tak faham tak apa lepas kahwin baru faham.Itu insya Allah.

2.Ada sumber pendapatan tetap
Perkara ini sangat penting.Tak ada duit macam mana yang bagi makan anak dara atau mak janda.Sebab itu wanita bijak mesti meneliti tahap kewangan bakal suami mereka.Jika gajinya sejemput sahaja elok sangat cari calon lain pula.

3.Sikap baik dengan isteri
Jika nak test bakal suami sama ada bersikap baik atau tidak senang sahaja.Cari kelemahan suami dengan membuat provokasi.Sekiranya ditemui suami panas baran atau kurang jujur maka sediakan payung sebelum hujan.Maksud HB tinggalkan sahaja dia.Buat apa nak bersuamikan  seorang yang bakal menjadikan isteri sebagai ‘sparing partner’ dalam acara Tomoi atau Muay Thai.Melainkan kalian seorang wanita besi yang kebal terhadap rasa sakit emosi atau jasmani.

4.Berfikiran zaman moden
Calon suami bijak yang terbaik untuk kalian harus ada pemikiran zaman moden.Mereka lebih terbuka dan boleh menerima pandangan orang lain juga.Mereka tidak ketinggalan zaman dalam seni berfikir.Sungguhpun cara berfikir seseorang adalah isu komplikated namun tak susah mana nak mengujinya.Bagi sahaja soalan tentang Facebook,Whatsapp atau Instagram.Tengok dapat jawab atau tidak.

5.Boleh menerima kekurangan isteri
Ketika dalam mood bercinta memang sedaya upaya para pasangan untuk menutupi kekurangan masing-masing.Mereka nak tunjukkan kelebihan sahaja.Apa kata bakal isteri bongkar pekung di dada.Serlahkan kekurangan kalian yang tak pandai masak,tak pandai kemas rumah dan tak pandai mengaji.Lihat respon bakal suami.Jika dia jenis suami yang baik maka di tak kisah kerana kelemahan begini boleh diatasi setelah berkahwin nanti.

6.Bersedia bantu isteri ketika susah.
Bakal suami yang baik boleh dianggap hero pujaan hati kalian.Dia ibaratkan ahli bomba,pakar motivasi,pegawai kaunseling,juruteknik elektrik,buruh binaan rumah dan tukang masak terbaik.Sungguhpun mereka boleh diibarat begini jangan lupa mereka insan biasa yang sedang-sedang saja dalam banyak perkara.Paling penting mereka sanggup berada di sisi kalian ketika kalian memerlukan.

7.Menjaga kewibawaan isteri
Seorang suami yang bagus tidak mungkin memburukkan isterinya.Mereka akan menjaga maruah isteri seperti peribahasa biar pecah diperut jangan pecah  dimulut.Jika ada suami jenis ini maka hidup kalian sebagai isteri beruntung.Tapi percayalah masih ramai lelaki tak suka bawa mulut.Yang bawak perut yang besar-besar memang adalah.Ho..ho,,belum kahwin dah boroi.Jangan risau produk Shaklee kan ada.

8.Mampu bimbing isteri
II faham ada suami yang boleh membimbing isteri dalam hal hukum hakam agama.Sebab itu point pertama II letak atas sekali agar kalian pilih lelaki yang ada agama.Jika ketemu lelaki yang memandang remeh agama tetapi kalian suka juga,II tak boleh kata dah.Itu hak kalian yang empunya badan buat pilihan.Apa yang II nak kata mudah sahaja.Kalau terjumpa calon suami walau tak hensem mana namun mampu bawa kalian ke jalan agama maka itu adalah pilihan terbaik tau!

9.Menyayangi keluarga sebelah  isteri.
Dalam perkahwinan si suami bukan kahwin untuk anaknya sahaja.Ia kahwin untuk seluruh keluarga sebelah isteri.Ini termasuk bapa,ibu,adik beradik,pak long,abang ngah dan sebagainya.Jika calon suami yang ada ciri-ciri meyayangi keluarga besar maka dia adalah calon terbaik.Tak perlu lagi pandang lelaki bujang lain walaupun sehensem Aaron Aziz. 

10.Menjadi ayah yang bertanggungjawab
Susah nak uji bab ini.Dah kahwin dan dapat anak sendiri baru tahu.Namun begitu calon suami yang bagus ada terserlah ciri-cirinya.Mereka suka budak dan tak rimas dengan budak kecik.Kalau ada anak buah atau adik kalian yang kecik tu maka suruh rapat kepada bakal suami kalian.Tengok reaksi mereka.Jika secara semula jadi suka budak kecil maka memang dia adalah bakal seorang bapa yang bertanggungjawab dan penyayang,

Suka dengan ini?
|

loading...

0 Response to "PENTING !!!! 10 Tips Terbaik Memilih Calon Suami... Pilih betul-betul !!... Jika Tersalah Pilih Merana Badan"

Posting Komentar