Hendak menurunkan berat badan yang mungkin dalam kategori obes bukan satu kerja yang mudah. Namun kisah ini boleh memberi inspirasi kepada anda yang dalam misi ini untuk meneruskan usaha.
Berapa pun berat badan anda tiada yang mustahil jika komited melakukannya. Inilah yang dilakukan oleh gadis bernama Ezza Nabilah, 21, yang sebelum ini memiliki berat badan 193kg.
Dia berjaya membuat perubahan besar selepas nekad menyertai program Jom Kurus I Malaysia (JK1M) yang diasaskan oleh jurulatih kecergasan terkenal, Kevin Zahri. Ikuti perkongsian beliau untuk membarakan lagi semangat.

Ini kisah @ezzah_nabilah dari Terengganu yg berjaya kurangkan 80kg. Show her some ❤️❤️
・・・
‪#‎terimakasihjk1m‬
Ya, #terimakasihjk1m sebab kau bagi aku peluang untuk jadi macam sekarang. Kalau aku tak kenal kau, aku takkan & hampir mustahil untuk aku jumpa kembar aku.

Hahahaha. Ha'ah, kembar yang dah berapa tahun entah tak pernah jumpa. Tak tahu bila last aku berjalan dengan dia. Act, kalau nak jumpa dia, aku kena bermimpi, sebab aku tahu dia tu masa lalu aku.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/2/1.jpg

Tapi sekarang, aku tak perlu bermimpi lagi, aku akan kejar dia. Kejar dia sampai aku penat (which is aku takkan pernah penat!).

Aku nak jumpa dia & bagitau yang aku sayang sangat dia. Tell her that don't do it again! Jangan seksa diri kau sendiri! Jangan pernah jadikan diri sendiri as tong sampah, sumbat semua makanan padahal tangki dah nak melimpah.

#terimakasihjk1m, sebab kau juga aku dah kena tukar semua baju kurung yang aku buat pergi kelas tu. Tak, aku tak marahlah. Sayang adalah, sebab ni lah kesempatan nak tukar baju kansss.
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/2/4.jpg
#terimakasihjk1m, kalau takde kau, aku takleh jalan jauh. Sakit kaki woiii. Tapi sekarang, pantang orang ajak keluar,lajuu aku nak ikut. Kau sengaja nak habiskan duit aku erh? Babap kans!

#terimakasihjk1m, kau banyak ajar aku pasal friendship (dan seangkatan dengannya). Sebab kau, aku ada ramaiiiiii kawan2 baru, (sekarang tak baru dah). Mereka tu dah macam family dah. Kira 2nd family lah.

Dengan doranglah aku buat macam2 benda, (dari bergossip, bergaduh sampai jadi penyimpan rahsia. Workout sama2, holiday sama2. (Gais, next destinasi kemanakah kita? Wasak keyh!Hahaha
http://support.karangkraf.com/editorial/vk/TAHUN%202016/Ogos/2/5.jpg

#terimakasihjk1m, kau bawa banyak perubahan dalam hidup aku. Terlalu banyak sangat sampai kalau aku buat caption, ig tolak (this is real!). Tak mampu dah nak ungkapkan dengan tulisan ni. Kau faham maksud aku kan?

Akhirnya, terima kasih coach @kevinzahri, coach @aizat225, coach @mangfitness, coach @ferraasyikeen. Sebab bagi peluang kepada Ezzah sampai ke hari ni. Sebab letak kepercayaan ni kat Ezzah.

Doakan aku terus kuat ye. Aku nak kau tahu yang kau (#terimakasihjk1m), sangatlah osem!

Ikhlas,
Aku.
(0915-0716 : 193.5-115)
310716


Instagram : Ezzah Nabilah
vanillakismis.my