Kuala Lumpur, 21 Nov - Beberapa keping foto yang merakamkan seorang bayi ditinggalkan di sebuah masjid tersebar di media sosial.
Difahamkan, bersama bayi tersebut, si ibu meninggalkan satu nota kepada orang yang menjumpai anaknya itu.
Selain itu, turut ditinggalkan bersama satu anak patung.
Menurut isi nota itu, si ibu berkata tindakan dia bukanlah tidak mahu bayi berkenaan, tetapi tidak mampu.
Nota tersebut berbunyi:
Assalamualaikum,
Jika anda membaca nota ini, bayi ini dilahirkan pada 21 November 2016. Tindakan saya terhadap bayi ini adalah bukan saya tidak mahu tetapi saya tidak mampu. Jadi saya ingin memberi rezeki saya kepada mereka yang lebih layak dan mampu. Insya Allah jika punya jodoh kita akan berjumpa.
I Love You.
Menurut pemuat naik gambar, bayi itu dijumpai di sebuah masjid di Melawati.
Setakat ini, tiada laporan rasmi mengenai kejadian.
Selain itu, turut dimuat naik beberapa gambar yang memperlihatkan bayi berkenaan diselamatkan oleh orang ramai dipercayai di masjid terbabit.
Dalam perkembangan terbaru, Ketua Polis Daerah Ampang berkata bayi itu ditemui di Masjid Al Hidayah, Taman Melawati kira-kira jam 7 malam tadi, lapor Harian Metro.
via http://www.siakapkeli.my/Pembuangan bayi di masjid alhidayah taman melawati Just now ya Allah masih ada lagi insan yg sekejam begini 😭😭 pic.twitter.com/vBwFFZwHaD— Hafsah Jim 🌸 (@EcahJim) November 21, 2016
loading...
0 Response to "'I Love You...' - Bayi Ditemui Dalam Masjid Bersama Satu Nota Dari Ibu & Anak Patung, Ditemui Kira-Kira Jam 7 Malam Tadi"
Posting Komentar