Hukum Lelaki Memakai Inai Semasa Berkahwin

Seperti yang diketahui dalam masyarakat melayu, adat memakai inai telah lama diamalkan dalam masyarakat kita sehingga kini.
Hukum Lelaki Memakai Inai Semasa Berkahwin

Foto: Ikahwin.my
Kebiasaannya dalam majlis berinai pengantin perempuan akan dipakaikan inai pada kesemua jari tangan, kaki serta tapak tangan. Begitu juga dengan pengantin lelaki, biasanya akan dipakaikan inai di jari hantu, jari manis dan jari kelingking. Tetapi kadangkala ramai yang mengikut adat sehingga terlupa akan hukum memakai inai bagi lelaki terutama buat pengantin lelaki.

Hukum Lelaki Memakai Inai Semasa Berkahwin
Menurut Ustaz Azhar Idrus, hukum memerahkan jari – jari bagi lelaki sama ada menggunakan inai atau lain – lain adalah tidak boleh kerana benda khusus untuk kaum wanita, kaum lelaki haram pakai termasuk pada hari nikah.
Hukum Lelaki Memakai Inai Semasa Berkahwin

via – Koleksi Prinstscreen Ustaz Azhar Idrus
Soalan : Apa hukum lelaki memakai inai?
UAI : Lelaki tidak boleh pakai inai (henna) dijari kerana menginai kuku adalah feminis. Fiqh Syafi’iy mengharamkan lelaki berinai di kuku (Al-Nawawi, Al-Majmu’ : 1/292)
Walaubagaimanapun, untuk tujuan perubatan hukumnya adalah harus seperti kuku cekam dan perlu memakai inai untuk penyembuhan. Wallahua’lam
Semoga bermanfaat :) - via nizarazu.com

Suka dengan ini?
|

loading...

0 Response to "Hukum Lelaki Memakai Inai Semasa Berkahwin"

Posting Komentar